Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Firefox lwn Brave

Tetapan privasi Firefox amat kuat dan mudah digunakan. Tetapan penghalang iklan bagi Brave mampu membekukan laman web yang anda layari natijahnya anda perlu membuat konfigurasi semula. Kami mahu privasi menjadi selesa lalu anda betul-betul mahu menggunakannya.

Firefox menjadikannya mudah untuk anda memilih enjin yang anda mahu gunakan setiap kali membuat carian. Brave lalai kepada enjin carian buatan sendiri, dan anda perlu membuat tetapan pelayar untuk memilih enjin yang berbeza.

Firefox memberikan anda pilihan menginkripsi kata laluan tersimpan anda, dan anda boleh menggunakan kata laluan utama bagi mengaksesnya; kata laluan anda dilindungi sekalipun anda berkongsi komputer. Brave tidak melindungi kata laluan anda.

Kami juga menawarkan ciri-ciri seperti:

Mudah sekali untuk bertukar

Bertukar kepada Firefox amat mudah dan pantas - import penanda buku, kata laluan, sejarah dan kegemaran Brave hanya dengan satu klik dan Firefox sudah sedia untuk digunakan. Beginilah cara untuk mengimport data anda daripada Brave.